JENAYAH & MAHKAMAH

Saluran Jantung Tersumbat Punca Kematian Anggota FRU

16/04/2025 02:57 PM

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Hasil bedah siasat terhadap mayat anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya di sebuah pangsapuri di Bandar Mahkota Cheras, Kajang semalam mendapati punca kematian disebabkan saluran jantung tersumbat.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik Hospital Kajang hari ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat awal kematian anggota lelaki berusia 37 tahun yang bertugas di FRU, Cheras itu daripada rakan setugasnya pada kira-kira 11.59 pagi.

“Selepas menerima maklumat itu, pintu pangsapuri terbabit telah dibuka dengan bantuan pihak bomba dan didapati anggota itu telah meninggal dunia. Kematian telah disahkan oleh pihak perubatan Hospital Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Balai Polis Kajang atau pegawai penyiasat Sjn Zharif Shah Ab Rashid menerusi talian 012-5925390 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan