AM

211 Mangsa Masih Berlindung Di PPS, PPK Di Johor Dan Sabah

17/04/2025 10:18 AM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 211 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah dan Johor, setakat 8 pagi ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 155 mangsa daripada 54 keluarga pagi ini, berbanding 152 mangsa daripada 54 keluarga petang semalam.

“Sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di Beaufort dan trend pemindahan kekal dan kesemua mangsa berlindung di PPK Selagon, Beaufort,” menurut kenyataan itu

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam satu kenyataan berkata jumlah mangsa kekal seramai 56 orang daripada 17 keluarga dan masih ditempatkan di dua PPS di daerah Segamat sejak Isnin lepas.

PPS Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 41 mangsa daripada 12 keluarga manakala Dewan Komuniti Kampung Tasek menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan