DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

21/04/2025 10:34 AM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.44 pagi, kontrak April 2025 dan Jun 2025, masing-masing berkurangan 6.5 mata kepada 1,490.05 dan 1,483.0.

Mei 2025 berkurangan 6.0 mata kepada 1,488.50 dan September 2025 merosot 1.0 mata kepada 1,474.0.

Jumlah dagangan sebanyak 854 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,786 kontrak.

Indeks asas FBM KLCI merosot 1.99 mata kepada 1,497.41 selepas 44 minit dagangan daripada 1,499.40 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan