KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan malam ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah, iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.
Kenyataan itu menjelaskan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak global dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial