JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu Perodua Bezza Lawan Arus Ditahan

26/04/2025 02:19 PM

SEGAMAT, 26 April (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan memandu melawan arus dan melulu sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Hassan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kejadian berkenaan dikesan menerusi rakaman video berdurasi 18 saat yang tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dipandu secara berbahaya.

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah dan dia juga tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

“Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan