Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun susut sedikit pada Rabu dan dijangka mencatatkan penurunan bulanan terbesarnya dalam tempoh lapan tahun apabila dasar tarif AS mencetuskan kebimbangan terhadap permintaan global. Jangkaan peningkatan bekalan juga memberi tekanan terhadap harga.
“Kenaikan selanjutnya (bagi Standard Malaysian Rubber 20 atau SMR 20) dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, data ekonomi China yang lemah dan penurunan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 naik tujuh sen kepada 745.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 2.5 sen kepada 614 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup esok, 1 Mei, sempena cuti umum Hari Pekerja dan akan beroperasi semula pada Jumaat, 2 Mei.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial