SUKAN

Aira Mara Ke Final Terbuka Bermuda

03/05/2025 09:48 AM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pemain skuasy negara Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh akhir awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Bermuda itu pemain berusia 20 tahun berkenaan bermula kurang baik apabila tewas set pertama 4-11.

Bagaimanapun, pilihan pertama kejohanan itu bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8, 11-6 untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya pada musim ini.

Menanti Aira di pusingan akhir esok adalah pilihan kedua dari Mesir Hana Moataz yang menewaskan rakan senegara Amina El Rihany.

Hana bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 7-11,11-7, 7-11,11-7, 11-9 dalam aksi yang berlangsung hampir sejam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan