KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup sedikit tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam harga minyak mentah, kata peniaga.
Katanya, kenaikan itu dihadkan oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan mengenai rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China dan jangkaan data ekonomi China yang lebih lemah.
Niaga hadapan getah Jepun susut pada Khamis, merosot daripada paras tertinggi yang dicapai dalam sesi sebelumnya, kerana pelabur kekal berhati-hati bahawa rundingan perdagangan AS-China di Switzerland pada akhir minggu ini akan membuahkan hasil.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 meningkat 2.0 sen kepada 749.50 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 2.5 sen kepada 600 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial