DUNIA

Kerajaan India Arah Platform X Sekat 8,000 Akaun

09/05/2025 05:53 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan India telah mengarahkan platform media sosial X untuk menyekat lebih 8,000 akaun termasuk milik organisasi berita asing di India.

Kerajaan turut mengancam untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan tempatan syarikat itu sekiranya arahan berkenaan tidak dipatuhi.

“X telah menerima perintah eksekutif daripada kerajaan India untuk menyekat lebih 8,000 akaun di India, dengan kemungkinan dikenakan penalti termasuk denda besar dan pemenjaraan pekerja tempatan syarikat,” menurut platform media sosial itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Perintah itu termasuk tuntutan untuk menyekat akses di India ke atas akaun milik organisasi berita antarabangsa dan pengguna platform X terkemuka,” katanya.

Platform X menyatakan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan tuntutan kerajaan India namun telah memulakan proses menyekat akaun-akaun tertentu di India sahaja.

Kerajaan dalam kebanyakan kes tidak menyatakan hantaran daripada akaun yang telah melanggar undang-undang tempatan India, menurut syarikat itu.

Menurut X, dalam kebanyakan kes kerajaan tidak menyatakan secara jelas kandungan siaran daripada akaun yang dianggap melanggar undang-undang tempatan.

“Menyekat keseluruhan akaun bukan sahaja tidak perlu, malah merupakan satu bentuk penapisan terhadap kandungan sedia ada dan akan datang, serta bercanggah dengan hak asasi kebebasan bersuara,” kata syarikat itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan