BUKIT MERTAJAM, 14 Mei (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas 51,180 gram(g) dadah dipercayai ganja bernilai RM158,658 di Perai, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki berusia 45 dan 59 tahun.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu polis menemukan 50 ketulan daun kering dibaluti plastik lutsinar disyaki ganja seberat 51,180g bernilai RM158,658," katanya dalam kenyataan malam ini.
Helmi berkata kedua-dua suspek negatif dadah dan masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dengan mereka kini direman selama tujuh hari hingga 17 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata polis turut menyita dua kereta bernilai RM81,000 yang dipercayai dibeli hasil kegiatan menjual dadah.
"Kedua-dua lelaki itu kini direman selama tujuh hari hingga 17 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial