BANDAR PERMAISURI, 16 Mei (Bernama) -- Seorang penuntut lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Lata Payung di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba Setiu Mohd Sarizan Mohamad Sapawi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.17 petang dan setakat ini mangsa masih belum ditemukan memandangkan keadaan paras air sungai yang tinggi, deras dan keruh.
“Kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa petang tadi dijalankan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang.
“SAR juga membabitkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan(KKM),” katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial