IPOH, 20 Mei (Bernama) -- Lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pasukan dengan lori muatan batu di Teluk Intan minggu lepas, masih menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu tiga masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) manakala seorang lagi di wad biasa hospital berkenaan.
“Dua anggota di ICU HTI dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan pernafasan sementara seorang lagi menjalani prosedur pembedahan sejak pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bakri berkata seorang lagi anggota yang menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, berada dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan oksigen.
Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial