AM

Terima Kasih Bernama Sampaikan Maklumat Tepat, Semoga Terus Unggul - Fahmi

20/05/2025 03:48 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berharap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan terus unggul sebagai sumber berita sahih, pantas, berwibawa dan diyakini.

Harapan itu dizahirkan Fahmi sempena ulang tahun Bernama ke-58, hari ini.

“Terima kasih atas dedikasi menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat Malaysia dan dunia,” kata Fahmi dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Bernama ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968 dengan memulakan perkhidmatan teks berita dan berkembang kepada perkhidmatan foto, sebelum mengendalikan stesen radio pada 2007, televisyen (2008) dan terkini media digital.

Sepanjang lebih lima dekad penubuhannya, Bernama menerusi perkhidmatan berita wires, saluran televisyen dan radio serta platform digital, memberi khidmat berlandaskan objektif penubuhannya dengan menyedia, menyebarluaskan berita dan maklumat secara tepat, adil dan saksama demi memelihara kepentingan nasional.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan