AM

Fahmi Serah Surat Pelantikan Anggota Majlis Penyeliaan, Lembaga Pengelola Bernama 2025-2027

08/10/2025 12:51 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyerahkan surat pelantikan anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi tempoh 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2027.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama yang baharu manakala Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola.

Pada majlis yang diadakan di Wisma Bernama di sini, empat lagi anggota Majlis Penyeliaan dan 20 anggota Lembaga Pengelola Bernama turut menerima surat pelantikan masing-masing.

Pelantikan mereka telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz dan Setiausaha Majlis Penyeliaan/ Lembaga Pengelola Sharifah Zaini Syed Zain.

Majlis Penyeliaan yang diketuai seorang Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Yang Dipertua dengan empat anggota lain berperanan memastikan agensi berita berkenaan sentiasa mematuhi peruntukan Akta BERNAMA 1967 dalam melaksanakan objektif dan peranannya. 

Lembaga Pengelola terdiri daripada seorang Pengerusi dan 20 anggota merangkumi wakil kerajaan dan organisasi media yang menjadi pelanggan Bernama pula bertanggungjawab memantau pelaksanaan dasar serta prosedur berkaitan dengan agensi.

Lembaga Pengelola juga bertanggungjawab melaksanakan matlamat Bernama antaranya mencari dan menyampaikan berita yang lengkap, objektif serta adil tentang hal-hal berkepentingan awam dan negara sama ada di dalam mahupun luar negara.

 

Berikut senarai anggota Majlis Penyeliaan Bernama dan Lembaga Pengelola Bernama:

 

Majlis Penyeliaan Bernama:

  1. Yang Dipertua: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azhar Abdul Hamid
  2.  Wakil Kerajaan Malaysia: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa
  3. Wakil Organisasi Media di Malaysia: Pengarang Kumpulan New Straits Times Farrah Naz Abd Karim
  4. Naib Canselor Universiti di Malaysia: Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed
  5. Anggota Tambahan: Ketua Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor Anand Kumar Selvam

 

Lembaga Pengelola Bernama:

  1. Pengerusi: Datuk Seri Wong Chun Wai
  1. Anggota mewakili Kerajaan Malaysia:
  1. Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin (anggota tetap)
  2. Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman (anggota tetap)
  3. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan (anggota tetap)
  4. Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin (anggota tetap)
  5. Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Ummu Aiman Ibrahim (anggota tetap)
  6. Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman (anggota tetap)
  7. Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Kementerian Komunikasi Zarina Zakaria (anggota silih ganti)
  8. Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN Erwin Khairul Ahmad (anggota silih ganti)
  9. Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan Booi Chong Leng (anggota silih ganti)
  10. Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Zamshari Shaharan (anggota silih ganti)
  11. Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Moniza Waheed (anggota silih ganti)
  1. Anggota mewakili organisasi media di Malaysia:
  1. Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group Berhad Datin Paduka Esther Ng Sek Yee (anggota tetap)
  2. Ketua Pengarang Sin Chew Daily Chan Aun Kuang (anggota tetap)
  3. Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian Farah Datuk Hussamuddin (anggota tetap)
  4. Ketua Editor Daily Express Datuk Sardahthisa James (anggota tetap)
  5. Ketua Pegawai Media Sarawak Media Group Sdn Bhd Mohamad Sardon Zainal (anggota tetap)
  6. Pengarah Urusan Free Malaysia Today Media Azeem Abu Bakar (anggota tetap)
  7. Pengarang Berita Kanan Star Media Group Berhad Nik Mazwin Nik Anis (anggota silih ganti)
  8. Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Hwn Yaul Len (anggota silih ganti)
  9. Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Zamri Rambli (anggota silih ganti)

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan