AM

Wakil Media Elektronik, Digital Pertama Kali Anggotai Lembaga Pengelola Bernama

08/10/2025 12:56 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Buat julung kalinya, wakil organisasi media elektronik dan digital dilantik menganggotai Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaras dengan pindaan Akta BERNAMA 1967 yang meluaskan keanggotaan lembaga berkenaan meliputi kedua-dua platform.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyampaikan surat pelantikan kepada Ketua Pegawai Media Sarawak Media Group Sdn Bhd Mohamad Sardon Zainal dan Pengarah Urusan Free Malaysia Today Media Azeem Abu Bakar sebagai anggota tetap lembaga berkenaan, berkuat kuasa 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2027.

Pada majlis sama, yang berlangsung di Wisma Bernama di sini, Fahmi turut menyampaikan surat pelantikan kepada 19 lagi individu, termasuk Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai sebagai pengerusi lembaga itu.

Pelantikan mereka telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azhar Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz dan Setiausaha Majlis Penyeliaan/Lembaga Pengelola Bernama Sharifah Zaini Syed Zain.

 

Berikut senarai anggota Lembaga Pengelola Bernama 2025-2027:

  1. Pengerusi: Datuk Seri Wong Chun Wai
  1. Anggota mewakili Kerajaan Malaysia:
  1. Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin (anggota tetap)
  2. Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman (anggota tetap)
  3. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan (anggota tetap)
  4. Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin (anggota tetap)
  5. Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Ummu Aiman Ibrahim (anggota tetap)
  6. Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman (anggota tetap)
  7. Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Kementerian Komunikasi Zarina Zakaria (anggota silih ganti)
  8. Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN Erwin Khairul Ahmad (anggota silih ganti)
  9. Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan Booi Chong Leng (anggota silih ganti)
  10. Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Zamshari Shaharan (anggota silih ganti)
  11. Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Moniza Waheed (anggota silih ganti)
  1. Anggota mewakili organisasi media di Malaysia:
  1. Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group Berhad Datin Paduka Esther Ng Sek Yee (anggota tetap)
  2. Ketua Pengarang Sin Chew Daily Chan Aun Kuang (anggota tetap)
  3. Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian Farah Datuk Hussamuddin (anggota tetap)
  4. Ketua Editor Daily Express Datuk Sardahthisa James (anggota tetap)
  5. Ketua Pegawai Media Sarawak Media Group Sdn Bhd Mohamad Sardon Zainal (anggota tetap)
  6. Pengarah Urusan Free Malaysia Today Media Azeem Abu Bakar (anggota tetap)
  7. Pengarang Berita Kanan Star Media Group Berhad Nik Mazwin Nik Anis (anggota silih ganti)
  8. Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Hwn Yaul Len (anggota silih ganti)
  9. Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Zamri Rambli (anggota silih ganti)

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan