KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Nilai kontrak HeiTech Padu Bhd bagi projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) telah disemak semula kepada RM1.05 bilion daripada RM892.19 juta sebelum ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat penyedia perkhidmatan teknologi itu memaklumkan bahawa ia telah menerima pindaan kontrak berkenaan.
“Dengan tiada sebarang halangan yang tidak dijangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan seterusnya sehingga kontrak tersebut selesai,” kata HeiTech Padu.
Pada 18 Okt, 2024 syarikat itu telah dianugerahkan kontrak NIISe oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Kontrak berkenaan merangkumi kajian, cadangan, mereka bentuk, pembangunan, pembekalan, penghantaran, pemasangan, ujian, integrasi, memindahkan dan penyelarasan data, pentauliahan, pelaksanaan pengurusan perubahan serta latihan berkaitan projek NIISe.
Tempoh kontrak bermula pada 18 Okt, 2024 dan akan berakhir pada 17 Okt, 2029.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial