DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

13/10/2025 10:02 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan perkembangan terbaharu perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang mempengaruhi sentimen.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi pasaran yang lemah turut disebabkan oleh kebimbangan terhadap peningkatan stok dan tahap pengeluaran komoditi itu dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Oleh itu, kami melihat paras sokongan pada RM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,580 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada 11 Okt, Presiden Donald Trump mengisytiharkan bahawa AS akan melaksanakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas import dari China, bersama-sama dengan sekatan baharu terhadap eksport teknologi, bermula 1 Nov, 2025, bergantung kepada cara China bertindak balas ke atas isu perdagangan. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Oktober 2025 susut RM48 kepada RM4,420 setan, manakala November 2025 merosot RM43 kepada RM4,453 setan, dan Disember 2025 turun RM45 kepada RM4,499.

Kontrak Januari 2026 melemah RM42 kepada RM4,523 setan, Februari 2026 berkurang RM31 kepada RM4,525, manakala Mac 2026 susut RM22 kepada RM4,508.

Jumlah dagangan merosot kepada 95,626 lot daripada 113,058 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 277,517 kontrak daripada 282,064 sebelumnya. 

Pada pasaran fizikal, Oktober Selatan susut RM50 kepada RM4,450 setan. 

 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan