POLITIK

Gabungan UMNO, MCA Miliki Kekuatan Tersendiri - Bung Moktar

21/10/2025 06:31 PM

KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) -- Gabungan pengalaman dan keupayaan UMNO serta MCA amat penting dalam memastikan Sabah terus berkembang maju dalam suasana politik yang stabil dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata MCA mempunyai kekuatan tersendiri di kawasan bandar manakala UMNO di luar bandar menjadikan gabungan itu tulang belakang kestabilan politik negara.

“Barisan Nasional (BN) Sabah akan terus membuka ruang perbincangan strategik dengan rakan komponen bagi memastikan pendekatan kita menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat, bukan kepentingan individu atau kelompok tertentu.

“Kestabilan bukan sekadar slogan (sebaliknya) ia tanggungjawab dan keikhlasan untuk membina masa depan Sabah yang lebih baik bersama-sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Bung Moktar memaklumkan telah menerima kunjungan hormat Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serta membincangkan hala tuju BN menjelang PRN Sabah ke-17.

Beliau berkata pertemuan itu akan terus memperkukuh komitmen BN untuk kekal sebagai gabungan politik yang matang, tersusun dan berprinsip.

“Walaupun landskap politik Sabah sering berubah dan mencabar, semangat kerjasama antara parti komponen BN kekal utuh berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab bersama-sama terhadap rakyat,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan