SEPANG, 25 Okt (Bernama) -- Pelumba Itali Luca Marini meneruskan kempen cemerlang pada kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2025 apabila muncul pelumba terpantas pada sesi Latihan Bebas 2 (FP2) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Pelumba Honda HRC Castrol itu merekodkan masa satu minit 58.415 saat (s) untuk meninggalkan pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team Franco Morbidelli di tempat kedua 1:58.422s manakala pelumba Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia ketiga terpantas dengan 1:58.585s.
Sementara itu, dalam kelas Moto2, pelumba Britain Jake Dixon daripada Elf Marc VDS Racing Team meneruskan momentum cemerlang semalam, selepas mencatatkan masa terpantas 2:03.633s.
Aron Canet daripada Fantic Racing di tempat kedua dengan 2:03.642s manakala pelumba Redbull KTM Ajo, Daniel Munoz ketiga (2:03.680s).
Sesi FP2 menyaksikan dua pelumba wildcard negara Azroy Hakeem Anuar dan Muhammad Helmi Azman daripada Petronas MIE Racing RW sekadar menamatkan saingan di tempat ke-28 dan terakhir.
Dalam kelas Moto3, pelumba Jepun Ryusei Yamanaka daripada FRINSA-MT Helmets beraksi cemerlang selepas mencatatkan masa terpantas 2:10.160s.
David Almansa daripada Leopard Racing di tempat kedua dengan 2:10.253s manakala rakan sepasukan Adrian Fernandez ketiga (2:10.358s).
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli yang beraksi bagi pasukan Aeon Credit SIC Racing pula mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan saingan di tempat keenam dengan merekodkan 2:10.576s.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial