KOTA KINABALU, 7 Nov (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan enam calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Dua Timbalan Presidennya Datuk Edward Dagul dan Datuk Japiril Suhaimi masing-masing diumum bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau dan Kundasang.
Naib Presiden parti Gee Tien Siong dicalonkan bagi kerusi DUN Layang, Naib Pengerusi Pemuda Yong Yit Lee bagi kerusi DUN Likas, Naib Pengerusi SAPP Tanjung Papat Henley Liew Yun Ye pula akan bertanding di DUN Tanjung Papat dan Ketua Mudanita Yvonne Yong Yit Phung di DUN Segama.
Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong berkata Majlis Tertinggi parti dalam mesyuarat hari ini sebulat suara meluluskan kesemua nama calon berkenaan sebelum diumumkan Presiden parti Datuk Yong Teck Lee di Ibu Pejabat Parti di sini.
Beliau berkata tiga daripada enam calon iaitu Yong, Henley dan Yvonne merupakan muka baharu yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial