AM

Media Diiktiraf Rakan Strategik Kelestarian Alam

08/11/2025 12:33 AM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama)  -- Media merupakan rakan strategik penting kepada kerajaan dalam menyebarkan maklumat serta membentuk kesedaran tentang kelestarian alam sekitar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Dr Ching Thoo Kim.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya menghargai hubungan erat dengan pengamal media yang banyak membantu mempromosikan program NRES kepada rakyat.

"Kami di kementerian menganggap media menjadi the fourth government dan bayangkan jika kita hidup tanpa ada Facebook, TikTok dan sebagainya, dunia kita akan menjadi satu dunia yang ‘gelap’," katanya ketika berucap di Majlis Apresiasi Media NRES di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, ketua-ketua pengarang, editor dan lebih 200 pengamal media daripada 25 agensi media tempatan.

Dalam pada itu, Ching berkata peranan media terbukti berkesan dalam mencetuskan kesedaran awam terhadap isu kritikal berkaitan alam sekitar dan hidupan liar.

“Satu daripada isu yang mendapat liputan yang meluas ialah kejadian seekor anak gajah berusia lima tahun dilanggar mati di jalan Gerik, Perak dan kalau kita masing ingat ia berlaku pada Hari Ibu,” katanya

 Majlis Apresiasi Media NRES diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media yang telah memberikan liputan meluas dan kerjasama padu kepada kementerian itu sepanjang tahun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan