JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Maut, Dua Termasuk Kanak-kanak Cedera Kereta Dinaiki Terbabas

09/11/2025 12:47 PM

KUANTAN, 9 Nov (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan cedera apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di KM 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Kuantan, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta pada 8.04 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian dan sejurus tiba, mereka mengeluarkan wanita yang tersepit di dalam kereta itu menggunakan peralatan menyelamat. 

“Mangsa yang dikeluarkan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat wanita itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan