AM

MINDEF Dipertanggungjawab Urus 11 Sekolah Angkat MADANI

10/11/2025 07:48 PM

KOTA TINGGI, 10 Nov (Bernama) -- Kementerian Pertahanan (MINDEF) dipertanggungjawabkan menguruskan 11 Sekolah Angkat MADANI dalam usaha memastikan pendidikan dan pembangunan dapat dirasai murid serta komuniti setempat terutama di kawasan luar bandar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata daripada jumlah itu, enam sekolah diuruskan secara langsung oleh MINDEF, manakala lima lagi di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau berkata program ini adalah inisiatif strategik untuk merealisasikan konsep Malaysia MADANI, yang menekankan pembangunan inklusif, kesejahteraan sosial dan pendidikan berkualiti sehingga ke kawasan terpencil.

“Setiap projek sekolah angkat bernilai RM100,000 dan menekankan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran Program Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar slogan.

“Program ini antara lain diwujudkan untuk memastikan pembangunan dan pendidikan sampai ke murid dan komuniti setempat terutama di kawasan luar bandar,” katanya selepas menghadiri pelancaran Sekolah Angkat MADANI SK Felda Lok Heng di sini hari ini.

Sebanyak dua Sekolah Angkat MADANI dilancarkan di daerah itu hari ini iaitu SK Gembut diuruskan oleh Agensi Perisikan Angkatan Tentera (MDIO) dan SK Felda Lok Heng diurus terus oleh MINDEF.

Beliau berkata program Sekolah Angkat MADANI dijangka diteruskan dan diperluaskan tahun hadapan, sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan dan pembangunan menyeluruh dirasai oleh seluruh rakyat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan