Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata bagaimanapun pengukuhan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini mungkin mengekang peningkatan harga yang selanjutnya.
“Kami melihat paras sokongan yang baik melebihi RM4,100 manakala rintangan pada RM4,280,” katanya kepada Bernama.
Pada 6 petang, ringgit meningkat 0.52 peratus kepada 4.1360/1395 berbanding dolar AS daripada 4.1555/1635 semasa ditutup pada Isnin.
Pada penutupan dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat RM18 kepada RM4,100 satu tan dan Januari 2026 menokok RM25 kepada RM4,137.
Kontrak Februari 2026 naik RM23 kepada RM4,165 satu tan, Mac 2026 menokok RM22 kepada RM4,180 dan April 2026 menambah RM21 kepada RM4,186.
Bagaimanapun, kontrak bulan semerta November 2025 susut RM12 kepada RM4,068 satu tan.
Jumlah dagangan melonjak kepada 89,319 lot daripada 57,032 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 263,747 kontrak daripada 262,314 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk November Selatan kekal tidak berubah pada RM4,130 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial