PUTRAJAYA, 11 Nov (Bernama) -- Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) melalui Kumpulan Fokus (FG) telah membangunkan Pelan Tindakan FG Penguatkuasaan sebagai panduan strategik bagi memperkukuh usaha penambahbaikan integriti dan keberkesanan penguatkuasaan demi meningkatkan kedudukan serta skor Malaysia dalam CPI.
Pelan Tindakan FG Penguatkuasaan bagi tahun 2026 menghimpunkan strategi, inisiatif dan tindakan utama dengan tumpuan kepada pengukuhan integriti, ketelusan, akauntabiliti serta pemantapan kecekapan operasi penguatkuasaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Asliza Ali berkata pelan tindakan itu merupakan hala tuju strategik yang menekankan pendekatan bersepadu berasaskan data dalam melaksanakan reformasi penguatkuasaan sejajar dengan aspirasi kerajaan bagi memperkukuh tadbir urus baik dan meningkatkan keyakinan awam terhadap institusi penguatkuasaan.
Asliza, yang juga Ketua Peneraju FG Penguatkuasaan, memaklumkan demikian dalam kenyataan hari ini sempena penganjuran Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan FG yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di sini.
Beliau berkata bengkel itu bertujuan memperhalusi rangka tindakan dan cadangan inisiatif yang akan dimuktamad sebagai pelaksanaan.
Bengkel itu membabitkan para pegawai kanan 12 agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial