AM

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga Petang Ini

18/11/2025 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Kelantan melibatkan Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Selain itu, amaran berkenaan turut membabitkan Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Mukah (Daro), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan