JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Maut Kereta Terbabas Di Lebuhraya Utara Selatan

23/11/2025 07:15 PM

JASIN, 23 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki maut, manakala adiknya cedera selepas kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas di Kilometer 182.7 Lebuhraya Utara–Selatan (arah utara), dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Supt Lee Robert berkata dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, kereta Honda Civic terbabit dipandu adik lelaki mangsa berusia 20 tahun dan dalam perjalanan dari arah Johor menghala ke Melaka.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terbalik di sebelah kiri jalan.

“Akibat kejadian itu, pemandu mengalami kecederaan pada bahagian badan dan tangan dan dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata turut bersama dengan mangsa ialah abang kandungnya berusia 22 tahun yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan