KUANTAN, 20 Nov (Bernama) -- Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands pada Isnin lepas ditemukan selamat hari ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata Nurul Syuhada Mohd Faizal,15, dan rakannya Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti,14, dikesan di rumah kenalan di Pokok Sena, Kedah pagi tadi.
Beliau berkata dua remaja itu dalam keadaan baik dan selamat pulang ke pangkuan keluarga.
“Terima kasih kepada semua yang peka dan membantu serta bekerjasama dengan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja itu yang dilaporkan hilang pada I7 Nov selepas menerima laporan kehilangan pada Selasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial