KUALA LUMPUR, 28 Nov ((Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik sekitar Kuala Selangor, Selangor susulan hujan berterusan dan keadaan banjir yang melanda kawasan terbabit.
Menerusi hantaran di Facebook, TNB memaklumkan dua pencawang elektrik yang terjejas membabitkan Jalan Rizab Masjid dan dan Southern Reality Ladang Bukit Ijok.
“Penutupan bekalan oleh TNB ini demi keselamatan pengguna setempat,” menurut kenyataan itu.
TNB turut menasihati pengguna supaya menutup semua suis di soket alir keluar dan menanggalkan palam kuasa peralatan elektrik.
Berikutan ribut dan hujan lebat di beberapa kawasan sekitar Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan, TNB memaklumkan kerja-keraja pemulihan bekalan elektrik dijangka mengambil masa panjang kerana banyak pokok tumbang yang menghempap tiang dan talian TNB.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.
“Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melaporkan sebarang kerosakan menerusi talian 15454 atau PM di FB TNB Careline.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial