AM

Sofia Rini Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM Hari Ini - Azam Baki

01/12/2025 03:13 PM

PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) -- Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah, telah dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh remannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa Sofia Rini kini dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sofia Rini sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan Albert Tei kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada Jumaat, kesemua mereka ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberikan keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong.

Setakat ini, Shamsul Iskandar dan Tei direman SPRM sehingga 4 Dis bagi membantu siasatan kes tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan