AM

SPRM Kedah santuni pegawai terjejas banjir

01/12/2025 05:35 PM

KANGAR, 1 Dis (Bernama)  – Bencana banjir besar yang melanda negara baru-baru ini telah menyebabkan beberapa rumah milik pegawai dan warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mengalami kerosakan harta benda.

 

Bagi meringankan beban dihadapi, Pengarah SPRM Kedah, Dato' Nazli Rasyid Sulong yang mewakili Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pengurusan tertinggi SPRM telah mengadakan misi menghulurkan bantuan segera serta meninjau keadaan mangsa banjir.

 

Dato' Nazli Rasyid berkata, seramai enam pegawai SPRM yang tinggal sekitar Padang Besar, Kangar serta Arau telah dibantu dan langkah itu menunjukkan solidariti serta keprihatinan SPRM terhadap warga kerjanya yang menghadapi musibah.

 

Beliau berkata, sumbangan kewangan dan bantuan lain disalurkan melalui gabungan dana daripada Yayasan Prihatin SPRM, Jawatankuasa Kebajikan Ibu Pejabat SPRM serta Kelab Sukan dan Rekreasi SPRM Kedah, dengan tujuan membantu mangsa memulakan kerja pemulihan rumah pasca banjir.

 

“Komitmen SPRM terhadap kebajikan pegawainya tidak pernah luntur, dan kerjasama ini menunjukkan semangat kekeluargaan yang menjadi teras kepada Suruhanjaya ini.

 

“Saya berharap sumbangan dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah ini dapat meringankan beban mangsa serta memberi semangat kepada mereka menghadapi bencana banjir ini,” katanya.

 

Rombongan SPRM Kedah itu turut melawat kediaman Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani, yang terjejas akibat gelombang Monsun Timur Laut, sebelum berkunjung ke rumah pegawai SPRM lain yang mengalami kerosakan.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan