KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) -- Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam antara tiga Timbalan Ketua Menteri baharu yang dilantik dalam Kabinet negeri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, Sabtu lepas.
Dua lagi ialah Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun dan Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick.
Joachim, Masidi dan Ewon selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman pada Istiadat Angkat Sumpah Anggota Kabinet Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Pada awal pagi Ahad, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-17.
Mengikut keputusan rasmi PRN itu, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
Parti Warisan (Warisan) pula mendapat 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), UPKO (tiga), Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR (dua) manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta Pakatan Harapan (PH) masing-masing menang satu kerusi.
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial