Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah data ekonomi yang lemah dari China dan negara Asia lain, kata seorang peniaga.
Bagaimanapun, beliau berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh dan harapan baharu terhadap rangsangan tambahan dari China mengehadkan penurunan selanjutnya.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.86 peratus kepada US$63.55 setong.
“Sentimen pasaran turut disokong oleh unjuran jualan kenderaan yang menggalakkan pada 2025, hujan berterusan di negara pengeluar utama getah asli, dan jangkaan yang semakin meningkat mengenai penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot pada Isnin, dipengaruhi oleh yen yang lebih kukuh dan permintaan lemah daripada sektor kenderaan.
Bagaimanapun, penurunan dihadkan oleh hujan lebat di beberapa rantau pengeluar utama getah.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia berkata harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 susut 5.5 sen kepada 720.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun satu sen kepada 577 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial