AM

NGO Selaras Bantuan Banjir Melalui BBNGO Elak Pertindihan

01/12/2025 11:09 PM

PASIR MAS, 1 Dis (Bernama) -- Badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini digalakkan menyelaras pengagihan bantuan banjir melalui Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) untuk memastikan setiap keluarga mangsa menerima keperluan asas secara seimbang serta mengelakkan pertindihan agihan di lokasi terjejas.

Penyelaras Projek Bantuan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) BBNGO Prof Madya Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata penyelarasan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain penting, khususnya pada peringkat awal operasi pemindahan ketika permintaan keperluan meningkat dan aliran maklumat di PPS bergerak pantas.

Beliau berkata pengalaman sejak banjir 2014 menunjukkan NGO yang bergerak tanpa maklumat rasmi sering menyebabkan pertindihan bantuan hingga ada PPS menerima agihan berulang manakala keluarga di lokasi lain tidak disenaraikan.

“Melalui rangkaian BBNGO isu ini dapat dikurangkan dan bantuan disusun dengan lebih teratur,” katanya.

Mohd Rizal berkata setakat ini sebanyak 600 toto, 600 kain sarung batik, 600 kain pelikat, 50 kilogram buah-buahan serta 100 lampin pakai buang diagihkan hasil sumbangan Yayasan Hasanah dan SP Setia Foundation, dengan nilai keseluruhan bantuan fasa pertama MTL 2025 mencecah RM150,000.

Sebahagian bantuan turut disalurkan ke Perlis melalui rakan strategik NGO bergantung kepada situasi banjir semasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan