AM

Tumpat, Pasir Puteh Diramal Banjir Pada Sabtu Dan Ahad Ini - PRABN

04/12/2025 05:13 PM

KOTA BHARU, 4 Dis (Bernama) -- Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan "Amaran Banjir" di Tumpat dan Pasir Puteh, terutama di kawasan rendah serta berisiko banjir bermula Sabtu hingga Ahad ini.

PRABN dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan status paras air sungai yang diramal meningkat dan melebihi paras bahaya, banjir berkemungkinan berlaku di dua jajahan berkenaan.

"Antara kawasan berisiko di jajahan Tumpat ialah di Lembangan Sungai Golok (Sungai Golok) dan Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan). Turut dijangka terjejas ialah di jajahan Pasir Puteh melibatkan Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak)," menurut kenyataan PRABN.

Sehubungan itu, PRABN dalam kenyataan itu menasihatkan semua penduduk di kawasan terbabit agar berwaspada, mengikuti arahan agensi pengurusan bencana dan mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang PublicInfoBanjir serta Facebook @PublicInfoBanjir.

Semalam Jabatan Meteorologi meramalkan Susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada), kemungkinan banjir akan berlaku bagi kawasan dalam lembangan sungai terutama di kawasan rendah dan berisiko banjir di Kelantan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan