JOHOR BAHRU, 6 Dis (Bernama) -- Seorang akauntan wanita berputih mata apabila kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt. Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun, tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus dan telah membuat 35 transaksi ke empat akaun bank tempatan antara 2 Okt hingga 11 Nov lalu.
"Mangsa turut dimaklumkan bahawa keuntungan akan dipaparkan dalam aplikasi pelaburan RGFO Maxx, dan semakan mangsa mendapati kononnya jumlah keuntungan mencecah RM5.43 juta.
“Bagaimanapun, apabila mangsa cuba membuat pengeluaran, akaun aplikasi tersebut didapati disekat dan mangsa akhirnya menyedari dirinya telah ditipu sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tok berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial