AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak, Perak Kekal

12/12/2025 10:13 AM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Perak pada pagi ini kekal seperti semalam, dengan empat PPS masih beroperasi di dua negeri itu.

Di SARAWAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak 142 mangsa daripada 65 keluarga masih berada di tiga PPS di Miri kerana bencana banjir dan tanah runtuh.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga manakala PPS SK Suai Niah masih dihuni 119 mangsa daripada 57 keluarga.

PPS Dewan Bulan Sabit Merah menempatkan empat mangsa daripada dua keluarga yang terkesan akibat banjir serta empat mangsa sekeluarga yang dipindahkan ke situ kerana tanah runtuh. 

Di PERAK, JPBN memaklumkan mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak yang dibuka pada 25 Nov masih menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Matang Jambu, Kampung Glouster, Ayer Hitam, Batu 7, 8 dan 9.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca ribut di kesemua daerah pada petang ini, kecuali di Bagan Datuk.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan