JENAYAH & MAHKAMAH

Banjir: 19 Bayi Antara 35 Mangsa Diselamatkan Bomba

12/12/2025 11:00 PM

JOHOR BAHRU, 12 Dis (Bernama) -- Sebanyak 19 bayi antara 35 mangsa banjir diselamatkan anggota bomba di dua lokasi di sekitar bandar raya ini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Pegawai Bomba Kanan I KUP Zakaria Mohamed berkata dalam kejadian di sebuah taska serta tadika di Kampung Mohd Amin, petang tadi, sebanyak 18 bayi antara 34 mangsa diselamatkan pihaknya selepas terperangkap di premis berkenaan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.26 petang, sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender dengan kekuatan sembilan anggota BBP Larkin digegaskan ke lokasi kejadian. 

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati benar terdapat 34 mangsa terdiri daripada 18 bayi, 10 kanak-kanak, lima guru dan seorang tukang masak yang terperangkap di premis berkenaan. 

"PKO bertindak memindahkan mangsa menggunakan bot penyelamat dengan turut dibantu empat anggota Polis Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I Wan Nor Afandi Wan Yusoff dalam kenyataan berasingan berkata BBP Kempas menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang turut terperangkap akibat bencana berkenaan di rumah pengasuhnya di Kampung Pasir di sini. 

Bayi itu kemudiannya diserahkan kepada ibu mangsa.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan