KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan jangkaan penurunan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan pada tahun depan susulan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang kukuh.
Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,329.90 setiap auns troy daripada US$4,289.60 setiap auns troy semalam dan Januari 2026 meningkat kepada US$4,347.20 setiap auns troy daripada US$4,306.50 setiap auns troy.
Kontrak Februari 2026 pula meningkat kepada US$4,362.70 setiap auns troy daripada US$4,322.0 setiap auns troy dan Mac 2026 meningkat kepada US$4,379.40 setiap auns troy daripada US$4,338.70 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak April dan Jun 2026 turut ditutup lebih tinggi kepada US$4,397.90 setiap auns troy daripada US$4,357.20 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan merosot kepada 18 lot berbanding 265 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 78 kontrak daripada 340 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$4,324.20 setiap auns troy, menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 16 Dis 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial