DUNIA

Trump Dakwa Ekonomi AS Menuju Pertumbuhan Luar Biasa

18/12/2025 04:01 PM

WASHINGTON, 18 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata ekonomi negara itu berada pada landasan menuju pertumbuhan luar biasa, sambil menyatakan keyakinan terhadap prestasi ekonomi pada tempoh akan datang.

“Kita berada di ambang ledakan pertumbuhan ekonomi yang belum pernah disaksikan dunia,” kata Trump dalam ucapan kepada negara pada Rabu.

Trump menegaskan bahawa selepas 11 bulan memegang jawatan, sempadan AS kini selamat, inflasi dihentikan, gaji meningkat, harga menurun dan penghormatan dunia terhadap Amerika kembali pulih.

Pada November lalu, Pengarah Majlis Ekonomi Negara Rumah Putih Kevin Hassett meramalkan pertumbuhan ekonomi AS berpotensi kembali pada kadar tiga hingga empat peratus pada suku pertama 2026, susulan kemerosotan akibat penutupan persekutuan terpanjang dalam sejarah negara itu.

Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick pula menunjukkan keyakinan lebih tinggi terhadap potensi pertumbuhan ekonomi AS pada 2026. 

Awal bulan ini, beliau meramalkan ekonomi AS akan berkembang melebihi empat peratus tahun hadapan.

Sementara itu, analisis oleh Bank Rizab Persekutuan Philadelphia mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar AS pada kadar 1.9 peratus pada 2025 dan 1.8 peratus pada 2026. 

Bagaimanapun, ekonomi AS mencatat pertumbuhan 3.8 peratus pada suku kedua tahun ini, menurut Biro Analisis Ekonomi Jabatan Perdagangan AS.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan