KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), yang lebih lemah.
Kontrak semerta bulan Disember 2025 susut kepada US$4,331.30 setiap auns troy daripada US$4,332.30 pada Khamis, manakala Januari 2026 turun kepada US$4,349 daripada US$4,349.60, dan kontrak Februari 2026 berkurang kepada US$4,364.10 daripada US$4,364.50.
Kontrak Mac 2026 merosot kepada US$4,380.80 setiap auns troy daripada US$4,381.20 semalam, manakala kontrak April dan Jun 2026 susut kepada US$4,398.80 daripada US$4,399.20.
Jumlah dagangan berkurang kepada 72 lot berbanding 114 lot semalam, manakala kepentingan terbuka susut kepada 149 kontrak daripada 171 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$4,333.35 setiap auns troy pada 18 Dis, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial