ALOR SETAR, 22 Dis (Bernama) -- Seorang individu dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaikinya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Ampang Bay, di sini, hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.37 pagi dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima maklumat berhubung sebuah kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai, dipercayai mengandungi seorang mangsa.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar telah bergegas ke lokasi dan turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jitra serta Sungai Petani,” menurut kenyataan itu.
Beliau berkata pasukan penyelamat masih mengesan lokasi kedudukan kereta berkenaan dan pemantauan serta pencarian di permukaan air sedang dijalankan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial