AM

Kes Tangkapan Ular Meningkat Di Sik Ekoran Cuaca Panas - APM

22/12/2025 07:04 PM

SIK, 22 Dis (Bernama) -- Cuaca panas dan kering menyebabkan peningkatan mendadak kes tangkapan ular di daerah ini, termasuk membabitkan ular berbisa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata sejak awal hingga pertengahan bulan ini, sebanyak 36 ular termasuk tujuh ular tedung selar dan lima ular senduk telah ditangkap.

"Peningkatan agak ketara berbanding November lepas yang membabitkan 27 ekor ular termasuk dua ular tedung selar dan dua ular senduk.

"Cuaca panas dan kering turut menjadi faktor reptilia ini keluar dan mencari tempat sejuk untuk berlindung dalam rumah penduduk seperti di dapur dan bilik air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai diminta sentiasa peka dan waspada dengan keadaan sekeliling.

"Berdasarkan pemerhatian spesies tedung selar dipercayai gemar memakan biawak, ini kerana kawasan penemuan ular turut dijumpai biawak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kes kecemasan khususnya di daerah ini boleh menghubungi APM Sik di talian 010-8177991 atau talian kecemasan 999," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan