JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Warga Emas, Anak Maut Dalam Kebakaran Di PPR Dato Senu

26/12/2025 11:36 AM

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Dua beranak maut dalam kebakaran di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada 7.18 pagi tadi.

"Mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dan ibunya berumur 82 tahun ditemukan di dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," menurut kenyataan itu.

Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 40 peratus pada unit kediaman terbabit.

Operasi memadam dan mengawal kebakaran dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Gombak Selatan.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.27 pagi dan punca kejadian masih disiasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan