KOTA BHARU, 27 Dis (Bernama) -- Seramai 12 individu direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan dan rusuhan di Pasar Awam Melor di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata perintah tahanan reman terhadap lima lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan awal 20-an hingga lewat 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di sini hari ini.
Beliau berkata tahanan reman itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, polis menahan kesemua suspek bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial