EKONOMI

Chin Hin Group Property Batal SSA RM74 Juta Ekoran Pembeli Gagal Peroleh Pembiayaan

15/01/2026 10:01 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) membatalkan perjanjian penjualan saham (SSA) untuk menjual pegangannya dalam empat syarikat bernilai RM74 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas pembeli gagal memperoleh pembiayaan daripada sebuah institusi kewangan untuk membiayai sebahagian daripada pembelian itu.

“Pihak pembeli tidak berjaya memperoleh pinjaman daripada sebuah institusi kewangan bagi jumlah yang tidak kurang daripada 70 peratus daripada harga jualan untuk membiayai sebahagian daripada penjualan saham tersebut dalam tempoh penyelesaian yang telah dilanjutkan, yang berakhir semalam,” tambahnya.

Semalam, CHGP mengumumkan bahawa pihaknya dan pembeli telah bersama-sama bersetuju untuk membatalkan dan menarik balik SSA itu.

Empat syarikat yang terlibat ialah Boon Koon Vehicles Industries Sdn Bhd, BKCV Sdn Bhd, Boon Koon Fleet Management Sdn Bhd dan BK Fleet Management Sdn Bhd.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan