KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- OpenSys (M) Bhd menerima satu pesanan pembelian (PO) bagi mesin kitar semula tunai (CRM) baharu bernilai RM22.05 juta daripada pelanggan sedia ada, Reachful Malaysia Sdn Bhd.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan penghantaran CRM tersebut akan dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai sebelum 31 Dis, 2026.
“PO itu dijangka tidak menjejaskan modal saham terbitan atau pegangan saham utama syarikat.
“Bagaimanapun, PO itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026,” menurunya.
Syarikat itu memaklumkan PO itu adalah dalam urusan perniagaan biasa OpenSys dan demi kepentingan terbaik syarikat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial