EKONOMI

JcbNext Lupus Baki Pegangan 9.45 Peratus Dalam Nova Pharma Pada Harga RM5.21 Juta

19/01/2026 08:39 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- JcbNext Bhd melupuskan keseluruhan 9.45 peratus pegangan ekuitinya dalam Nova Pharma Solutions Bhd pada harga RM5.21 juta selepas menerima tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Southern Score Builders Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pegangan pelaburan itu berkata pelupusan berkenaan melibatkan 14.08 juta saham biasa Nova Pharma pada pertimbangan tunai 37 sen sesaham.

“Mengikut Perenggan 9.19(26) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, lembaga pengarah ingin mengumumkan bahawa JcbNext pada 19 Jan, 2026 telah berhenti menjadi pemegang saham utama Nova Pharma susulan pelupusan berkenaan,” katanya.

Nova Pharma merupakan syarikat awam yang diperbadankan di Malaysia dan disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Securities, yang terlibat dengan perniagaan penyediaan dokumentasi teknikal, pengesahan dan pelaksanaan projek dalam industri farmaseutikal dan biologi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan