JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Dua Lelaki Bantu Siasatan Kes Tembak Di Nibong Tebal

20/01/2026 09:35 PM

NIBONG TEBAL, 20 Jan (Bernama) -- Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki dipercayai pemilik premis mencuci kenderaan yang ditembak di hadapan kedainya di Jalan Besar Permatang Keling di sini, Jumaat lepas. 

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata dua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan secara berasingan di negeri itu, dengan pihaknya masih menyiasat motif sebenar insiden tersebut.

“Suspek masing-masing direman sehingga 24 dan 25 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, seorang lelaki tempatan berusia 30-an disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan selepas ditembak beberapa das pada bahagian badan dan kaki dari jarak dekat oleh seorang suspek tidak dikenali.

Mangsa didakwa didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal dengan seorang daripadanya menunggu di kenderaan itu. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan