JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Istana Negara

23/01/2026 11:10 AM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Seorang pemandu mabuk ditahan selepas merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 3.30 pagi semasa lelaki berusia 21 tahun itu memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara. 

“Tiada  kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan dan menjalankan ujian pernafasan pemandu dalam siasatan kejadian itu.

“Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu ialah 166 miligram per 100 mililiter darah, iaitu melebihi had dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan pemandu itu dituduh mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan